Jom

Followers

Saturday, January 8, 2011

Aduh.. Sakitnya.. Kena Gigit Arnab..?

Salam...

Pernah tak anda digigit oleh arnab kesayangan anda...?
Jika pernah...
Apa sebabnya arnab tu menggigit anda...?
Utk suka2 je ke..?
Atau boring sangat dengan anda sebab selalu sgt mengangkat2/mendukung/mengusap2 diorang..?

Kat bawah ni antara sebab2 mengapa arnab anda menggigit anda...
(mungkin je la... hehe..)

  • Arnab menggigit utk menzahirkan kasih sayangnya kpd anda.. tindakan ini selalunya akan disertai dengan perbuatan berlari mengelilingi anda. Tapi arnab tu tak tau yg sebenarnya ia menyakiti anda.
  • Arnab juga akan menggigit utk medapatkan perhatian daripada anda. Ia bagaikan berkata "Hello boss.. Saya ada kat bwh ni... Taula saya ni kecik je.. Sampai boss tak nampak... Ni nak tanya... Bilanya nak bagi kami makan..?"
  • Arnab juga akan menggigit anda sekiranya anda menghalang laluannya.
  • Jika anda digigit semasa mengangkatnya daripada atas tanah/lantai/sangkar. Itu bermakna dia tak selesa diangkat dan mahu anda meletakkan dia semula ke atas lantai.
  • Arnab akan menyerang dengan cara menggigit dan mencakar. Sekiranya anda terlibat dalam situasi begitu, anda sebenarnya sedang menakutkan arnab itu. Lebih baik anda jauhkan diri daripada arnab itu.
  • Jika anda digigit ketika anda menghulurkan tangan untuk menggosok kepalanya, dia sebenarnya cuba untuk mempertahankan diri. Arnab tak dapat melihat objek yang bertentangan dengan batang hidungnya dan tak nampak apa yg menggosok kepalanya. Ye la, cuba kalau kita, tiba2 je ada orang usap2 kepala kita tapi kita tak nampak sape yg usap, mengamuk jugak kan?
  • Tips utk menghentikan gigitan arnab (tak dijamin oleh pihak kami ye...), cubalah menjerit dengan kuat ketika digigit. Arnab juga akan menjerit kuat bila terasa sakit/takut yg amat. Harap2 arnab itu akan faham yang gigitannya itu sebenarnya amat menyakitkan. Tapi, kalau arnab tu tak faham bahasa jugak, relakan je lah arnab tu gigit...hehehe
Memang sakit sebenarnya gigitan arnab ni, kami pernah jgk digigit arnab sebelum ni, tapi padan muka kami, sapa suruh kacau arnab tgh rehat/makan... haha..

Lepas kena gigit, cepat2 lah pegi basuh luka tu dgn sabun/antiseptic...
Lepas tu kalau ada alcohol swab baik sapu...utk bunuh kuman kat luka tu...
Then balut dgn plaster..
Bukan apa... takut ada kuman ke apa dlm air liur arnab...

Sekian dulu buat masa ni...

FZ Little Farm

2 comments:

  1. sakit kena gigit...selalu kena gigit time bagi dia makan..dia lari lepas tu gigit..

    ReplyDelete
  2. sakit kena gigit...selalu kena gigit time bagi dia makan..dia lari lepas tu gigit..

    ReplyDelete